Ahad, 6 Disember 2009

Kekejaman Kapitalisme Terus Terserlah


Suasana cuti sekolah baru bermula namun keseronokan ini direntap dengan kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom bahawa Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan. Pelbagai alasan diberikan untuk membenarkan tindakan yang akan dilaksanakan dan yang paling popular ialah bahawa "Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar….”. Apa yang pasti kenyataan sebegitu hanya boleh diterima oleh orang yang tidak rasional sahaja. Inilah “kebaikan” kerajaan dan pemerintahan yang diasaskan kepada ideologi Kapitalisme, di mana mereka tidak akan pernah melihat bahawa pendidikan dan yang seumpamanya itu adalah merupakan tanggunjawab bagi pemerintah untuk menyediakannya secara percuma kepada rakyat.

Benarlah bahawa dalam dunia Kapitalisme, untuk seseorang itu menjadi pandai dan mendapatkan ilmu maka pertaruhannya adalah wang. Jika seseorang itu memiliki wang maka urusannya untuk belajar akan menjadi mudah dan begitulah sebaliknya. Inilah kekejaman dan kezaliman yang dipertontonkan oleh wajah hodoh Kapitalisme. Tidak hairanlah jika di negara-negara Kapitalis Barat kita sering mendengar dan dimomokkan dengan berbagai berita yang cukup memeranjatkan seperti berita bahawa pelajar wanita terpaksa melacur untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos pelajarannya.[ Ibu bangga anak akui jadi pelacur: Sumber : Kosmo 19/11/2009].

Inilah kekejaman yang Kapitalisme. Dan ini tidak akan berlaku jika sistem Islam [ termasuk polisi pendidikan Islam] diterapkan oleh pemerintah umat yang ada pada hari ini. Dalam Islam, adalah menjadi kewajiban bagi pemerintah untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya. [Sila rujuk: SN108 - PEMBIAYAAN PENDIDIKAN : TANGGUNGJAWAB SIAPA?]. Untuk itu sudah saatnya umat pada hari ini bergerak untuk mengembalikan semula Khilafah yang akan menerapkan Islam secara keseluruhan dan menebarkan rahmat Allah ke seluruh alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan